Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Friday, November 27, 2009

Presiden PAS turun sampaikan bantuan banjir

MARANG, 27 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Tuman dan Bukit Kulim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, petang kelmarin.

Ketika banjir melanda daerah ini beberapa hari lalu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berada di ibu negara kerana menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Walaupun begitu, pemimpin PAS negeri dan kawasan telah melawat mangsa yang terlibat dengan banjir di kawasan masing-masing.

Selepas majlis itu, Ustaz Abdul Hadi yang dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu bergegas pula melawat mangsa banjir di kawasan Dun beliau, Rhu Rendang.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria, berkata pihaknya membuat pengagihan bantuan itu secara berkumpulan yang melibatkan beberapa pemimpin PAS kawasan.

Katanya, antara mereka yang terlibat ialah Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Ahmad Maarof Ismail; Ketua Dewan Muslimat, Hajjah Zarani Othman; setiausaha, Hassan Jusoh dan penasihat MTD berkenaan, Haji Mohd Draman.

Menurutnya, sebanyak 50 keluarga yang telah kembali dari pusat pemindahan banjir menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, tepung, minyak masak, susu, ikan kering dan gula itu di rumah masing-masing.

Beliau berkata, Presiden PAS dan isteri, Toh Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah juga berkesempatan bertanya khabar beberapa orang mangsa banjir sewaktu menyampaikan bantuan itu.

Bagi pihak Dun, beliau mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program tersebut.

Leia Mais

Tuesday, November 24, 2009

Yahaya Kesal JKKK Ambil Kesempatan

MARANG – Ketika rakyat dalam kesusahan menghadapi gelombang kedua banjir di negeri ini, ada sesetengah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang mengambil kesempatan.

Yang diPertua PAS Marang, Haji Yahaya Ali berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk beberapa buah kampong dalam daerah ini berkenaan perkara tersebut.

”Sepatutnya mereka (JKKK) membantu dengan ikhlas dan berkhidmat dengan dedikasi sebagai sebahagian dari kakitangan kerajaan negeri,
”namun mereka mengambil kesempatan atas kesusahan yang menimpa orang lain,”katanya ketika ditemui sewaktu melakukan ziarah dan mengagih-pantai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Kubu, dalam DUN Pengakalan Berangan disini.

Menurutnya, sikap JKKK tersebut bertentang dengan slogan dan kehendak Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said yang mahu ‘merakyatkan pembangunan’ serta slogan ‘1Malaysia’, sebagaimana dipopularkan Perdana Menteri.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri pimpinan PAS dari tahun 1999 – 2004, merasa malu dengan sikap JKKK yang tidak pernah berubah, sejak dahulu hingga sekarang.

”Sebelum PAS perintah pada tahun 1999, mereka (JKKK) menekan orang-orang kampong, apabila PAS menang, sesetengahnya pura-pura menyokong PAS,

”apabila mari (datang) wang ehsan, habis semua mengambil peluang memenuhkan poket masing-masing,”katanya dengan nada kesal.

Menurut beberapa penduduk yang sempat ditemui Buletinonline, beberapa JKKK aktif dalam memujuk dan mengugut mangsa-mangsa banjir supaya berpindah ke balai raya.
Ketua PAS Cawangan Kamg Kubu, Wan Zainun Wan Deris, 50, berkata tujuan mereka mereka memanggil ramai peduduk ke balai raya adalah untuk mendapat senarai nama.

”Dia (JKKK) nak ambil nama-nama, apabila ada banyak nama, dia akan ‘jual’ nama itu kepada pihak-pihak berkenaan dengan tujuan mengambil kesempatan mendapat ‘laba’,”katanya

Sebagai dalilnya, beliau mengambil contoh tindakan JKKK mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa ribut dikampung itu baru-baru ini.

“Ada mangsa ribut baru-baru ini mengadu nama mereka diambil oleh pihak JKKK yang membuat bancian tetapi bantuan tidak diterimanya.

“bayangkan, 10 keping atap harga RM1,500 dan mereka (JKKK) akan dapat komesyen,” jelasnya.

Turut sama dalam program ziarah dan penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir semalam adalah Haji Nordin Jalil, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Marang dan Ustaz Abdullah Suhaimi, Pengarah MTD DUN Pengakalan Berangan.

Antara kampong yang mereka lawati selain Kampung Kubu adalah Kampung Tok Fakir dan kampung Bukit Jenjulong.

Leia Mais

Wednesday, December 3, 2008

Skuad Menyelamat DUN Rhu Rendang

Beberapa gambar yang diambil sekitar banjir yang berlaku pada 30.11.2008. Unit-unit yang terlibat ialah Unit Amal Kawasan Marang, Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Marang dan MTD Rhu Rendang.

Unit Amal Kawasan Marang dan petugas-petugas PAS bersiap dengan barang-barang keperluan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Membantu salah sebuah rumah yang dilanda banjir.


Bergegas dengan menaiki sampan untuk membantu memindahkan barang-barang mangsa banjir.

Menghulurkan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir.


Bersiap sedia untuk pergi membantu mangsa banjir.

Leia Mais

  ©Template by Dicas Blogger