Tuesday, November 24, 2009

Yahaya Kesal JKKK Ambil Kesempatan

MARANG – Ketika rakyat dalam kesusahan menghadapi gelombang kedua banjir di negeri ini, ada sesetengah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang mengambil kesempatan.

Yang diPertua PAS Marang, Haji Yahaya Ali berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk beberapa buah kampong dalam daerah ini berkenaan perkara tersebut.

”Sepatutnya mereka (JKKK) membantu dengan ikhlas dan berkhidmat dengan dedikasi sebagai sebahagian dari kakitangan kerajaan negeri,
”namun mereka mengambil kesempatan atas kesusahan yang menimpa orang lain,”katanya ketika ditemui sewaktu melakukan ziarah dan mengagih-pantai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Kubu, dalam DUN Pengakalan Berangan disini.

Menurutnya, sikap JKKK tersebut bertentang dengan slogan dan kehendak Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said yang mahu ‘merakyatkan pembangunan’ serta slogan ‘1Malaysia’, sebagaimana dipopularkan Perdana Menteri.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri pimpinan PAS dari tahun 1999 – 2004, merasa malu dengan sikap JKKK yang tidak pernah berubah, sejak dahulu hingga sekarang.

”Sebelum PAS perintah pada tahun 1999, mereka (JKKK) menekan orang-orang kampong, apabila PAS menang, sesetengahnya pura-pura menyokong PAS,

”apabila mari (datang) wang ehsan, habis semua mengambil peluang memenuhkan poket masing-masing,”katanya dengan nada kesal.

Menurut beberapa penduduk yang sempat ditemui Buletinonline, beberapa JKKK aktif dalam memujuk dan mengugut mangsa-mangsa banjir supaya berpindah ke balai raya.
Ketua PAS Cawangan Kamg Kubu, Wan Zainun Wan Deris, 50, berkata tujuan mereka mereka memanggil ramai peduduk ke balai raya adalah untuk mendapat senarai nama.

”Dia (JKKK) nak ambil nama-nama, apabila ada banyak nama, dia akan ‘jual’ nama itu kepada pihak-pihak berkenaan dengan tujuan mengambil kesempatan mendapat ‘laba’,”katanya

Sebagai dalilnya, beliau mengambil contoh tindakan JKKK mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa ribut dikampung itu baru-baru ini.

“Ada mangsa ribut baru-baru ini mengadu nama mereka diambil oleh pihak JKKK yang membuat bancian tetapi bantuan tidak diterimanya.

“bayangkan, 10 keping atap harga RM1,500 dan mereka (JKKK) akan dapat komesyen,” jelasnya.

Turut sama dalam program ziarah dan penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir semalam adalah Haji Nordin Jalil, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Marang dan Ustaz Abdullah Suhaimi, Pengarah MTD DUN Pengakalan Berangan.

Antara kampong yang mereka lawati selain Kampung Kubu adalah Kampung Tok Fakir dan kampung Bukit Jenjulong.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger