Showing posts with label Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts

Friday, May 1, 2009

PERASMIAN WARUNG UNIT AMAL MARANG

RUSILA - Unit Amal Marang hari ini telah maju ke depan lagi apabila membuka sebuah Warung dan Rumah Rehat di hadapan Masjid Rusila dan bersebelahan dengan Pejabat Pas Kawasan Marang.

Majlis Perasmian yang diadakan selepas kuliah jumaat dirasmikan sendiri oleh Presiden Pas Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dalam ucapan perasmian , Tuan guru menegaskan , Unit Amal yang dipinpim oleh dewan pemuda pas pusat menjadi salah satu tunjang kepada perjuangan parti. unit amal juga bukan sahaja berkhidmat untuk parti semata-mata bahkan kepada masyarakat.
Tujuan pembukaan warung unit amal marang dan rumah rehat ini adalah untuk mencari kekuatan dari sudut ekonomi bagi menjalankan kerja - kerja amal di kawasan marang ini.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis peramian itu ialah Exco Dewan Pemuda Pas Pusat Ust Ridhwan mohd Noor. Hadir sama ialah Ust Mohd Khalil Abdul Hadi Ketua Pemuda Dun Rhu Rendang.

Leia Mais

Wednesday, December 3, 2008

Skuad Menyelamat DUN Rhu Rendang

Beberapa gambar yang diambil sekitar banjir yang berlaku pada 30.11.2008. Unit-unit yang terlibat ialah Unit Amal Kawasan Marang, Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Marang dan MTD Rhu Rendang.

Unit Amal Kawasan Marang dan petugas-petugas PAS bersiap dengan barang-barang keperluan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Membantu salah sebuah rumah yang dilanda banjir.


Bergegas dengan menaiki sampan untuk membantu memindahkan barang-barang mangsa banjir.

Menghulurkan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir.


Bersiap sedia untuk pergi membantu mangsa banjir.

Leia Mais

Saturday, November 29, 2008

Banjir di DUN Pengkalan Berangan

Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang menubuhkan Skuad Banjir bersama PAS Kawasan Marang ke Jerung, Bukit Perpat, Pasir Putih dan Kubu. Mangsa pertama telah dijumpai pada jam 11 pagi tadi, di Gelegoh, Binjai Rendah. Seramai 30 orang mangsa banjir sedang cuba diselamatkan...

Berita akan diupdate dari semasa ke semasa....

Leia Mais

  ©Template by Dicas Blogger