Friday, May 1, 2009

PERASMIAN WARUNG UNIT AMAL MARANG

RUSILA - Unit Amal Marang hari ini telah maju ke depan lagi apabila membuka sebuah Warung dan Rumah Rehat di hadapan Masjid Rusila dan bersebelahan dengan Pejabat Pas Kawasan Marang.

Majlis Perasmian yang diadakan selepas kuliah jumaat dirasmikan sendiri oleh Presiden Pas Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dalam ucapan perasmian , Tuan guru menegaskan , Unit Amal yang dipinpim oleh dewan pemuda pas pusat menjadi salah satu tunjang kepada perjuangan parti. unit amal juga bukan sahaja berkhidmat untuk parti semata-mata bahkan kepada masyarakat.
Tujuan pembukaan warung unit amal marang dan rumah rehat ini adalah untuk mencari kekuatan dari sudut ekonomi bagi menjalankan kerja - kerja amal di kawasan marang ini.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis peramian itu ialah Exco Dewan Pemuda Pas Pusat Ust Ridhwan mohd Noor. Hadir sama ialah Ust Mohd Khalil Abdul Hadi Ketua Pemuda Dun Rhu Rendang.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger