Saturday, November 12, 2011

Menyanggah pandangan NC UiTM

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tidak-perlu-pinda-auku-1.5135

1- Pandangan dari seorang akademia dan  cendekiawan tidak semestinya pandangan mereka menjadi panduan kepada masyarakat umum. Ini kerana sejak kebelakangan ini ramai golongan cerdik pandai ini hanya mengiakan apa yang dikatakan oleh pemerintah asalkan kerjaya dan profesion mereka tidak tergugat.

2- Sepatutnya UiTM membenarkan budaya politik hidup subur di kampus supaya melatih anak-anak didik mereka mengerti erti siasah sebenar. Bukan sekadar menang tanpa bertanding kemudian mengisytiharkan bahawa golongan Pro Aspirasi Kerajaan menjadi Kerajaan Mahasiswa di Universiti.

3- Lihat kepada statistik yang dikeluarkan, perlu perubahan yang drastik dari segi minda bagi sebuah Universiti yang mempunyai bilangan pelajar teramai di dalam negara.

4- Janganla hanya menjadi platformsebagai tuan rumah kepada parti UMNO dalam pelbagai program tapi menyekat aktivisme budaya politik di dalam universiti.

5- Jangan pula berana menyebelahi pihak kerajaan dalam sesuatu isu, tapi lembik dalam berkata benar dalam isu yang tidak menyebelahi mereka. Seperti isu PTPTN,Kebajikan Mahasiswa, keselamatan dan pelbagai lagi.


Catatan Setiausaha DPPKM






1 comments:

شركة المثالية May 10, 2018 at 4:32 AM  



شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

  ©Template by Dicas Blogger