Saturday, November 29, 2008

SALAM TAKZIAH PADA MP KUALA TERENGGANU


" Dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali"


Kami sidang pengarang blog, mengucapkan sekalung takziah kepada Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam.


Presiden PAS ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Razali Ismail

Wan Nordin Wan Yaacob Sat
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) -


Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah dari bagi pihak diri beliau dan keluarga serta seluruh ahli-ahli PAS kepada keluarga Allahyarham Dato' Razali Ismail (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) yang telah pulang ke rahmatullah.


Dalam satu kenyataan yang dihantar oleh Setiausaha Akhbarnya, Presiden PAS berkata pihaknya mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham petang semalam akibat serangan jantung.


Allahyarham adalah Timbalan Menteri Pelajaran dan ahli parlimen Kuala Terengganu dan Tuan Guru mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan semoga isteri dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian yang besar ini. "Allahyarham adalah seorang ahli parlimen dan Timbalan Menteri yang baik dan sangat komited dalam menjalankan tugas-tugasnya terutama semasa sesi sidang dewan di Parlimen," kata kenyataan itu.


Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir, Tuan Guru kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat haji dan dijangka pulang ke tanahair sekitar pertengahan bulan Disember nanti.


Razali merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.
Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu. Dalam pilihan Raya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.


Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.


Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi. Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula semalam.


Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak.
Dalam pada masa yang sama SPR akan memaklumkan tarikh pilihanraya bila-bila masa dari sekarang.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger