Saturday, November 29, 2008

PILIHANRAYA KECIL P.36. SIAPAKAH CALON PAS

Catatan: Telinga Warung Kopi



Nampak gayanye monsoon election will be held anytime, bila penyadangnya meninggal dunia semalam. Kedai-kedai kopi kecoh berborak seolah-olah sejuk di luar bangsal tidak lagi dihiraukan, semua perbincangan harga barang naik, monsoon cup, banjir melanda seolah-olah tidak dipedulikan lagi hanya kedengaran siapakah calon yang akan bertanding nanti. Walaupun bangsal kopi panas di Pengkalan Berangan yang jauhnya kira-kira 1 jam setengah untuk ke bandaraya Kuala Terengganu.









Mengikut PRU ke 12 yang lalu, calon yang bertanding di atas tiket PAS ialah Hj Mat Sabu menentang Allahyarham Datuk Razali dari BN dan Nek Maimun Parti Bebas. Memandangkan senario sekarang populariti Hj Mat Sabu masih lagi diterima walaupun beliau merupakan pemain import ( digelar Tok Guru), dengan jurang undi 628 sahaja.


Namun kendengaran juga orang-orang PAS tidak suka calon luar, mereka lebih suka calon-calon tempatan. Maka kendengaran dari suara-suara pakcik yang likungan berusia 50 an ke atas di sudut penjuru mencadangkan Hj Wahid yang merupakan calon favourite Dun wakaf Mempelam, dilobi oleh rakannya yang mencadangkan bahawa Haji Wahid merupakan YB yang proaktif dan sentiasa berdampingan dengan rakyat.








Kami tak suka. cetus di meja separuh golongan muda yang berkumpul di sudut bertentangan, sambil asap rokok Dunhill di tangan. Kami lebih suka Mat Sabu, dia lantang mampu bersuara. Hari tu dia kalah pun sebab undi rosak banyak. Tapi kali ni pasti menang punye. Kami sokong Mat sabu serentak mereka laungkan.






Di seberang sana, seorang pakcik veteran mengeleng kepala lantas menyuarakan, ambe rase kita patut bagi kat Ayah Wan @ Cikgu Pa, mereka merupakan arkitek parti kawasan kita ni. Tengok kawasan Kuala Terengganu siapa yang majukan dulu kalu dok mereka berdua.



Amboi, apa kami ni tak mampu jadi calon ke? semua terpandang mendengar satu suara seolah-olah memekik. Lihat satu kelibat seorang perempuan yang membimbit beberapa plastik kuih dan nasi lemak. Kaum kami patut naik jadi calon. Bukan lelaki saja yang mampu. Calonkan Dr Wan Faridah, Dr Noraini , kami ramai juga calon-calon yang boleh diketengahkan, ingat kami apa...terdiam semua pengemar kopi jantan di warung tersebut.


Namun semuanya itu terletak di atas kebijaksanaan kepimpinan, pilihan mereka merupakan pilhan Parti, sesiapapun yang menjadi calon kita wajib sokong bagi merampas kerusi P.36 untuk kuatkan kembali bumi Darul Iman dari penjajahan BN. Takbirrrr................




0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger