KENYATAAN AKHBAR
KENYATAAN AKHBAR
IHYA’ RAMADHAN: RAMADHAN BULAN BERSIH
Salam
perjuangan.
Menjelang
bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan al Mubarak, Dewan Pemuda Pas Kawasan
Marang (DPPKM) akan menganjurkan satu program Ihya’ Ramadhan. Beberapa pengisian
dan program disusunatur bagi mendekatkan anak muda khususnya mengisi bulan ini
dengan penuh ketaqwaan kepada Allah.
Bertemakan “Ramadhan
Bulan Bersih” DPPKM akan memulakan program dengan mengedarkan taqwim Ramadhan
beserta risalah isu semasa di pasar malam, pasar harian dan juga kedai-kedai
seluruh kawasan Marang. Juga kain rentang akan digantung bagi meraikan
kedatangan buln yang mulia ini.
Seterusnya
pengisian seperti Ceramah , Kuliah agaa akan
berjalan beterusan bagi member kefahaman kepada semua umat Islam. Turut
diadakan majlis berbuka puasa setiap Dun dan sumbangan Ramadhan dan hari raya
kepada golongan yang tidak bernasib baik
Agenda
perdana yang akan dilaksanakan ialah Majlis berbuka puasa (Iftar) bersama Tuan
Guru Presiden yang akan menyaksikan seluruh pemuda kawasan Marang turun bersama
mendengar tazkirah dan berbuka bersama Presiden PAS.
Kami juga
memohon sebarang sumbangan daripada
korporat dan individu untuk mengerakkan program Ihya’ Ramadhan dalam Parlimen
Marang ini, sekiranya ada boleh menghubungi Setiausaha DPPKM .
Setiausaha
DPPKM
Mohamad Aswadi Bin Mohamad
Mohamad Aswadi Bin Mohamad
0 comments:
Post a Comment