Saturday, November 12, 2011

Menyanggah pandangan NC UiTM

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tidak-perlu-pinda-auku-1.5135

1- Pandangan dari seorang akademia dan  cendekiawan tidak semestinya pandangan mereka menjadi panduan kepada masyarakat umum. Ini kerana sejak kebelakangan ini ramai golongan cerdik pandai ini hanya mengiakan apa yang dikatakan oleh pemerintah asalkan kerjaya dan profesion mereka tidak tergugat.

2- Sepatutnya UiTM membenarkan budaya politik hidup subur di kampus supaya melatih anak-anak didik mereka mengerti erti siasah sebenar. Bukan sekadar menang tanpa bertanding kemudian mengisytiharkan bahawa golongan Pro Aspirasi Kerajaan menjadi Kerajaan Mahasiswa di Universiti.

3- Lihat kepada statistik yang dikeluarkan, perlu perubahan yang drastik dari segi minda bagi sebuah Universiti yang mempunyai bilangan pelajar teramai di dalam negara.

4- Janganla hanya menjadi platformsebagai tuan rumah kepada parti UMNO dalam pelbagai program tapi menyekat aktivisme budaya politik di dalam universiti.

5- Jangan pula berana menyebelahi pihak kerajaan dalam sesuatu isu, tapi lembik dalam berkata benar dalam isu yang tidak menyebelahi mereka. Seperti isu PTPTN,Kebajikan Mahasiswa, keselamatan dan pelbagai lagi.


Catatan Setiausaha DPPKM






Leia Mais

Tuesday, August 16, 2011

BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AL-QURAN



Peristiwa turunnya Al-Quran pada bulan Ramadhan adalah antara unsur-unsur yang menjadikan bulan Ramadhan mempunyai kelebihan daripada bulan-bulan yang lain. Allah menetapkan demikian supaya paling kurang manusia dalam setahun mengingati betapa pentingnya berpegang teguh dengan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran, bukan semata-mata membaca dan memperingati peristiwa nuzul Al-Quran.

Allah menurunkan Al-Quran dalam dua peringkat; peringkat pertama daripada Luh Mahfuz ke langit dunia yang berlaku pada bulan Ramadhan dan kedua dari langit dunia ke atas Nabi Muhammad s.a.w. yang memakan masa selama 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.



 Manusia memerlukan kepada Al-Quran untuk menjadi panduan di dalam kehidupan ini lebih daripada segala-galanya. Walaupun Allah melebihkan manusia daripada makhluk-makhluk lain dengan kurniaan akal fikiran, hebatnya manusia dengan kurniaan akal fikiran sehingga boleh menundukkan makhluk-makhluk yang lebih besar dan hebat daripadanya seperti besi, kayu, binatang buas dan lain-lain lagi. Tetapi dengan akal fikiran sahaja tidak mencukupi, manusia perlu kepada unsur lain yang dinamakan dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah ke atas nabi-nabi yang berakhir dengan Nabi Muhammad yang diturunkan dengan Al-Quran.

Manusia mestilah menjadikan Al-Quran sebagai panduan di dalam kehidupan ini jika sekiranya mahu selamat dan sejahtera, umpama seseorang yang pergi ke Bandar membeli sebuah mesin basuh yang menjadi keperluannya, dia tidak pernah menggunakan mesin basuh, apabila dia membawa balik ke rumahnya maka akan disertakan bersama-samanya dengan buku panduan yang akan menunjukkan kepadanya bagaimanakah mahu mengendalikan mesin basuh tersebut. Jika sekiranya dia mengikut arahan di dalam buku panduan itu maka dia akan menggunakannya dengan selamat maka begitulah sebaliknya. Begitulah juga manusia yang hidup di dunia ini memerlukan kepada panduan untuk memastikan kehidupannya selamat di dunia dan selamat di akhirat kelak dan panduan tersebut ialah wahyu Allah yang terkandung di dalam Al-Quran.




Di dalam Al-Quran terdapat berbagai keterangan, dalil-dalil, berita-berita tentang orang dahulu yang dibinasakan, berita-berita para nabi dan rasul dan nasihat-nasihat serta kesabaran mereka. Di dalamnya juga terdapat berita-berita tentang akhirat, tentang neraka dan syurga beserta dengan penghuninya masing-masing. Di dalamnya diterangkan juga garis panduan tentang apa saja yang dibolehkan dan yang dilarang. Firman Allah:
“ Alif Lam Miin. Kitab ini (yakni Al-Quran ) tidak ada syak baginya, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa”.  ( Al-Baqarah: 1-2 )

Orang-orang yang mendapat petunjuk daripada Allah adalah mereka yang mengikut semua ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Untuk membuktikan semua ajaran di dalam Al-Quran adalah betul maka Allah menjadikannya satu mukjizat yang berkekalan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Mukjizat Al-Quran adalah satu mukjizat yang berkekalan, di zaman nabi mukjizatnya terserlah dari sudut susunan dan erti bahasa arabnya yang sangat hebat yang tidak boleh ditandingi oleh orang-orang Arab pada zaman itu. Di zaman moden ini juga Al-Quran tetap menjadi mukjizat dengan ilmu pengetahuan dan hakikat-hakikat yang telah didedahkan di dalamnya yang terbukti benar melalui hasil kajian sains dalam berbagai lapangan ilmu seperti angkasa lepas, kejadian manusia, kejadian bumi dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, di dalam bulan yang mulia ini umat Islam mestilah meningkatkan keimanan mereka dengan mengikut semua ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran yang akan menjaminnya keselamatan di dunia ini dan lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak.


Yang ikhlas
Ustaz Muhamad Khalil bin Dato’ Seri Abdul Hadi
Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang

Leia Mais

Thursday, August 11, 2011

IFTAR DPPKM

8 RAMADHAN 1432H
BERTEMPAT RUMAH AL FADHIL KETUA PEMUDA USTAZ KHALIL




Leia Mais

Wednesday, July 27, 2011

KENYATAAN AKHBAR


KENYATAAN AKHBAR
IHYA’ RAMADHAN: RAMADHAN BULAN BERSIH

Salam perjuangan.
Menjelang bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan al Mubarak, Dewan Pemuda Pas Kawasan Marang (DPPKM) akan menganjurkan satu program Ihya’ Ramadhan. Beberapa pengisian dan program disusunatur bagi mendekatkan anak muda khususnya mengisi bulan ini dengan penuh ketaqwaan kepada Allah.
Bertemakan “Ramadhan Bulan Bersih” DPPKM akan memulakan program dengan mengedarkan taqwim Ramadhan beserta risalah isu semasa di pasar malam, pasar harian dan juga kedai-kedai seluruh kawasan Marang. Juga kain rentang akan digantung bagi meraikan kedatangan buln yang mulia ini.
Seterusnya pengisian seperti Ceramah , Kuliah  agaa akan berjalan beterusan bagi member kefahaman kepada semua umat Islam. Turut diadakan majlis berbuka puasa setiap Dun dan sumbangan Ramadhan dan hari raya kepada golongan yang tidak bernasib baik
Agenda perdana yang akan dilaksanakan ialah Majlis berbuka puasa (Iftar) bersama Tuan Guru Presiden yang akan menyaksikan seluruh pemuda kawasan Marang turun bersama mendengar tazkirah dan berbuka bersama Presiden PAS.
Kami juga memohon sebarang sumbangan  daripada korporat dan individu untuk mengerakkan program Ihya’ Ramadhan dalam Parlimen Marang ini, sekiranya ada boleh menghubungi Setiausaha DPPKM .

Setiausaha DPPKM
Mohamad Aswadi Bin Mohamad


Leia Mais

Monday, July 25, 2011

IHYA' RAMADHAN


MOHON KEBERKATAN DALAM BULAN YANG MULIA.
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BOLEH HUBUNGI DPPKM UNTUK MEMBERI SEBARANG SUMBANGAN.

Leia Mais

MUKHAYYAM QIADI DPPNT

JUMAAT 21-22 JUAI 2011
PULAU PAUH, KENYIR
ANJURAN DPPNT


Bersatu hati untuk mengubah rakyat Terengganu


kesederhanaan dalam ukhuwah islamiah



Leia Mais

Monday, June 6, 2011

Muktamar kali ke 57




download ucapan dasar pemuda: tekan di sini

Tahniah dan takziah DPPKM ucapkan kepada Ketua Pemuda Pas Negeri Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan juga Ketua Pemuda Pas Kawasan kekanda Ustaz Khalil Abdul Hadi yang telah memenangi jawatankuasa DPPP sesi 2011-2013.

DPPKM telah diwakili oleh Ustaz Sulaiman Sulong Naib Ketua, Ustaz Zakaria Ketua Penerangan dan Sdr Suafi Chik Pengarah Jabatan Pilihanraya.

Semoga dengan kehadiran 2 muka baru dalam saf kepimpinan ini, dapat membuktikan geneasi pimpinan kelahiran negeri Terengganu tidak ketandusan bermula sejak pimpinan Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Chik dahulu.

Dengan tema Memimpin Kebangkitan Anak Muda, DPPKM mengucapkan agar Pemuda terus menawan dan menarik hati anak-anak muda, sebagai contoh di kawasan marang kita sendiri memiliki ikon-ikon yang perlu kita serasikan dengan kebangkitan kita seperti pemain bola sepak negeri Terengganu Ashaari Shamsudin.

Semoga PAS akan terus dinamik dan mengorak langkah menuju ke putrajaya. Takbir

Leia Mais

  ©Template by Dicas Blogger