Wednesday, July 27, 2011

KENYATAAN AKHBAR


KENYATAAN AKHBAR
IHYA’ RAMADHAN: RAMADHAN BULAN BERSIH

Salam perjuangan.
Menjelang bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan al Mubarak, Dewan Pemuda Pas Kawasan Marang (DPPKM) akan menganjurkan satu program Ihya’ Ramadhan. Beberapa pengisian dan program disusunatur bagi mendekatkan anak muda khususnya mengisi bulan ini dengan penuh ketaqwaan kepada Allah.
Bertemakan “Ramadhan Bulan Bersih” DPPKM akan memulakan program dengan mengedarkan taqwim Ramadhan beserta risalah isu semasa di pasar malam, pasar harian dan juga kedai-kedai seluruh kawasan Marang. Juga kain rentang akan digantung bagi meraikan kedatangan buln yang mulia ini.
Seterusnya pengisian seperti Ceramah , Kuliah  agaa akan berjalan beterusan bagi member kefahaman kepada semua umat Islam. Turut diadakan majlis berbuka puasa setiap Dun dan sumbangan Ramadhan dan hari raya kepada golongan yang tidak bernasib baik
Agenda perdana yang akan dilaksanakan ialah Majlis berbuka puasa (Iftar) bersama Tuan Guru Presiden yang akan menyaksikan seluruh pemuda kawasan Marang turun bersama mendengar tazkirah dan berbuka bersama Presiden PAS.
Kami juga memohon sebarang sumbangan  daripada korporat dan individu untuk mengerakkan program Ihya’ Ramadhan dalam Parlimen Marang ini, sekiranya ada boleh menghubungi Setiausaha DPPKM .

Setiausaha DPPKM
Mohamad Aswadi Bin Mohamad


0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger