Saturday, November 28, 2009

Tuan Guru Presiden PAS korban tiga ekor lembu

(Gambar: Tuan Guru bersalam dengan para jemaah selepas solat Idul Adha)

MARANG, 28 Nov: Sebagaimana biasa, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut menyembelih haiwan korban sempena Hari Raya Iduladha, semalam.

Pada tahun ini, beliau mengorbankan tiga ekor lembu yang dilakukan di pekarangan rumahnya selepas mengimami solat sunat Iduladha di Masjid Rusila.

Setelah selesai menyampaikan khutbah kira-kira 45 minit, para jemaah termasuk kanak-kanak mengambil kesempatan bersalaman dengan beliau.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyembelih haiwan korban para penduduk sekitar Kampung Rusila atas jemputan mereka.

1 comments:

macamoranggila November 29, 2009 at 9:27 AM  

Salam,
Tahniah atas lahirnya blog pemuda Marang. Sayang seribu kali sayang hanya dimuatkan berita copy and paste dari laman lain.

Ini Imej Pas Marang, jgn main-main. kalau nak copypaste lebik baik tak payah, menunujukkan kemalasan kita, "buat kejer mudoh"

Orang nak tengok aktiviti pemuda mrg, organisasi pemuda mrg, siapa= siapa yang memimpin lujnah, apa khidmat yang disediakan? bukan sekadar berita dan copy paste pulak tu.

Malas bukan sifat pejuang Islam. Faham?....buat malu kawasan Presiden je?

  ©Template by Dicas Blogger